Click here to choose another language
Kemaskini Terakhir: 02 July 2008
Mengenai kami
 |
Laman web ini dikendalikan oleh
"Miguel" Yasuyuki Hirota, seorang penyelidik Jepun
yang berpengetahuan luas dalam sistem mata wang komplementari sejak tahun 1999, oleh itu ia lebih sesuai
untuk menyatakan "Mengenai Saya" daripada menyatakan "Mengenai kami."
Miguel dilahirkan pada tahun 1976 di Fukuoka, Jepun dan fasih dalam pelbagai
jenis bahasa , terutamanya Bahasa Sepanyol dan Bahasa Inggeris. Apabila
beliau mula berkecimpung dalam konsep utama dalam bidang sistem mata wang
komplementari, kehendak dan minat beliau semakin meningkat untuk menguasai
lebih banyak jenis bahasa. Semenjak itu, beliau telah dan sedang menyelidik
pelbagai jenis sistem dari serata dunia, senantiasa berhubung dan mendekatkan
diri sebanyak mungkin dengan apa yang berlaku di bidang ini. Anda boleh
menghubunginya dalam mana-mana bahasa yang digunakan di laman ini (Bahasa Inggeris, Bahasa
Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Portugis dan
Bahasa Sepanyol), walaupun beliau mengakui bahawa beliau kurang fasih bertutur
dalam Bahasa Jerman dan Bahasa Korea. |
| Oleh kerana sudah terdapat beberapa laman web unggul berkaitan mata wang
komplementari (kedua-dua teori dan praktikal), laman web in bertujuan untuk
membekalkan anda dengan maklumat yang paling asas mengenai pergerakan ini
(kerana ia mengambil lebih masa untuk menyediakan kandungan yang sama dalam
7 bahasa lain !). Cita-cita beliau adalah untuk memperluaskan laman web
ini (barangkali, beliau akan menukarkan nama laman ini apabila difikir
sesuai ), membolehkan orang ramai mempelajari sesama sendiri tanpa dibelenggui
had bahasa. |
 |
 |
Satu lagi topik yang beliau minat, ialah dalam mendemokrasikan sistem ekonomi
kami (Klik untuk membaca blog beliau, walaupun ia jarang dikemaskini), kerana beliau percaya kebanyakan kesengsaraan
yang dihadapi dunia hari ini datangnya dari kebenaran bahawa sistem ekonomi
kami terlalu jauh daripada tahap pengurusan yang demokratik . Beliau menganggap
sosio ekonomi (atau keseimbangan ekonomi di beberapa negara, seperti ko-operatif,
perdagangan yang adil saksama dan tidak berorientasikan keuntungun ) sebagai
alternatif baik kepada rejim yang sedang berkuasa, dan beliau senantiasa
berharap untuk memperkenalkan sistem mata wang komplementari sebagai alat
untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti ini. |
Pulang ke bahagian atas laman ini dalam Bahasa Melayu

|